The Ecologist - Pakar Reka Bina Binaan Kayu

1 - PENGENALAN

Tujuan Blog ini dicipta dan ditulis adalah untuk memperkenalkan sebuah syarikat Reka dan Bina  AKAR  RUSTIKA   gazebo & timberworks dimana saya telah berkecimpung didalamnya selama 10 tahun. Disamping itu segala ilmu dan pengalaman mengenai rekabentuk dan pembinaan didalam bidang pertukangan kayu  ini akan dikongsi didalam blog ini supaya media ini dapat dijadikan tatapan umum, rujukan serta medium pemasaran syarikat ini. 

www.facebook.com/akar.rustika/info
www.facebook.com/akar.rustika/photos_albums
www.facebook.com/akarminda/info
www.facebook.com/akarminda/photos_albums





"IDEA BARU WARISAN SENIKAYU"
 
Berabad-abad lamanya ... kayu sentiasa memberi manfaat kepada manusia
... Aroma kayu yang menyenangkan tersebar di persekitaran menimbulkan sensasi yang indah
... Keindahan dan semangat kayu memberikan perasaan yang mendalam, serta menunjukkan keasliannya dalam seni kayu


 


2 - OBJEKTIF

a) Memertabatkan kembali warisan senikayu tradisi dengan menerapkan unsur
   komersial, bukan hanya atas dasar seni, tetapi supaya sentiasa bersaing
   mengikut zaman.


b) Memperkenalkan warisan senibina wakaf (gazebo) kepada orang ramai
   terutamanya pelancong seperti yang telah dilaksanakan di Bali, Jepara dan
   Chiengmai.


c) Menjadi peneraju utama didalam memperkenalkan warisan senikayu ini, ia
   memberi kelebihan kepada kami untuk menawarkan harga yang berpatutan
   disamping perkhidmatan yang berkualiti.


d) Memperkenalkan produk kesenian kayu buatan Malaysia kepada para pemaju,
   Arkitek, Kontraktor, Arkitek Landskap, pemilik rumah serta agen pemasaran
   perniagaan supaya tidak bergantung dan meniru senikayu yang dibawa dari
   kebudayaan luar. 


e) Mengurangkan import produk wakaf (gazebo) dari luar supaya imej kesenian
   kayu tempatan lebih dikenali terutamanya oleh orang tempatan dan pelancong
   asing.


f) Oleh kerana pada masa kini kayu adalah mahal (kerana inflasi), kami
   memperkenalkan produk kesenian ini dalam skala yang kecil serta kaedah
   binaan yang lebih cepat dan ringkas supaya boleh bersaing dengan produk
   binaan yang lain disamping mampu dimiliki tidak terhad hanya kepada golongan
   berada sahaja. 









3 – MISI & VISI ~ IDEAS BARU WARISAN SENIKAYU

Melalui peredaran zaman, wakaf (gazebo) telah diperluaskan skop penggunaannya sebagai :-
a) Elemen landskap kejur (hard landscape) sebagai ruang bersantai, barbeku,
   jamuan dan tempat perbincangan.   


b) Sebagai tempat duduk di restoran terbuka (open air).


c) Sebagai produk rekreasi di taman - taman awam dan permainan.


d) Sesuai dijadikan ruang spa terbuka di resort, pusat peranginan dan juga di
   laman rumah


e) Amat sesuai digunakan sebagai tempat bersantai rekreasi di air terjun, tepi
   pantai dan kolam renang.


f) Boleh juga dijadikan sebagai pondok pengawal dan setor tertutup / berdinding
   di kawasan perumahan.  


g) Juga boleh ditempatkan di setiap kedutaan Malaysia sebagai elemen serta imej
   produk kebudayaan negara. 


h) Sebagai mini gerai (stall) dan juga tempat teduhan menunggu kenderaan awam
   seperti bas, teksi, komuter dan sebagainya.



   
4 – PRODUK

- Gazebo (wakaf)
- Chalet / Pavilion (rumah kayu)
- Pergola
- Pintu Gerbang
- Lantai Dek Kayu
- Pintu Pagar / Pagar
- Buaian
- Lampu Taman
- Pangkin
- Panel Dinding
- Tingkap Tradisional
- Pintu Tradisional