PAKAR KOLAM RENANG ORGANIK
- 100% MESRA ALAM.
tanpa bahan KIMIA.
tanpa KLORIN.


KANDUNGAN

1.0 - RAMUAN KOLAM RENANG ORGANIK

2.0 - EKOSISTEM KOLAM RENANG ORGANIK
         2.01 - KELEBIHAN KOLAM 
                     RENANG ORGANIK

3.0 - REKABENTUK KOLAM
          RENANG ORGANIK

          
3.01 - KOLAM RENANG ORGANIK
                      MESRA ALAM

4.0 - PROSES MEREKABENTUK DAN
         MEMBINA KOLAM RENANG ORGANIK
          
4.01 - PROSES MENYIAPKAN KOLAM
                      RENANG ORGANIK

5.0 - PENJAGAAN & PENYELENGGARAAN
         KOLAM RENANG ORGANIK

         
5.01 - LANGKAH2 PENYELENGGARAAN
                    & PENJAGAAN

6.0 - HUBUNGI  theECOLOGIST

Berakit-rakit ke hulu, 
BERENANG – RENANG ke tepian
bangkit dari tidur la
lu
bersenang-senang dalam KOLAM MANDIan


1.0 - RAMUAN KOLAM
            RENANG ORGANIK


AIR adalah sumber keHIDUPan : …dan Kami jadikan dari AIR, tiap-tiap benda yang HIDUP, maka mengapa kamu tidak mahu beriman?. (al-Anbiya’: 30)

Segala2nya memerlukan AIR untuk HIDUP dan BERENANG di dalam KOLAM ORGANIK yang mengandungi AIR HIDUP juga adalah sebahagian dari usaha untuk HIDUP


BERENANG didalam KOLAM RENANG ORGANIK bukan sahaja akan menguatkan fizikal tapi mampu menjernihkan akal, mententeramkan jiwa dan membersihkan rohani



Dengan kata lain AIR dapat mengTASBIHkan ke empat2 unsur manusia iaitu roh, akal, jiwa dan fizikal : Sabda Nabi SAW: Semua perkara yang tiada padanya mengingati Allah maka ia adalah perkara yang melekakan dan permainan (semata-mata) kecuali empat perkara:…(Antaranya) mengajar BERENANG. (hadis shahih).


AIR adalah sumber keHIDUPan ; dari sekecil2 spesis ciptaan Tuhan sehingga sebesar2 makhluk ciptaan Tuhan semuanya dapat HIDUP kerana adanya AIR


AIR SEMULAJADI yang boleh digunakan untuk MANDI seperti AIR hujan, mata AIR, sungai, tasik dan laut kesemuanya mengandungi organisma2 HIDUP yang menjadikan AIR SEMULAJADI tersebut SEIMBANG atau dengan kata lain AIR SEMULAJADI itulah dinamakan AIR HIDUP kerana FITRAHnya mengHIDUPkan semua makhluk TUHAN termasuk manusia…



Namun sebahagian daripada AIR HIDUP tersebut juga telah bertukar menjadi AIR mati @ beracun @ toksik akibat kerosakan yang dilakukan oleh manusia terhadap EKOSISTEM :- Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum : 41)



Kerana itulah ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST) percaya bahawa setiap rekabentuk dan binaan KOLAM RENANG atau MANDI perlulah mengekalkan sifat AIR HIDUP @ AIR SEMULAJADI supaya TASBIHnya dapat dialirkan kepada pengguna untuk menikmati keSEIMBANGan 4 unsur iaitu roh, akal, jiwa dan fizikal yang SIHAT


ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)  percaya bahawa jika organisma2 yang HIDUP didalam AIR dimatikan oleh bahan kimia dan klorin maka akan ada kesan sampingan kepada 4 unsur manusia tersebut sepertimana ubat2tan dan makanan haram @ kimia @ sintetik merosakkan 4 unsur manusia secara perlahan-lahan


Maka dengan KOLAM RENANG ORGANIK ini, matlamat ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST) bukan semata2 merekabentuk dan membina tetapi bertanggungjawab menjaga serta mengekalkan fungsi AIR hidup yang diFITRAHkan oleh TUHAN


Sila KLIK untuk
berKONGSI  idea dengan
ðə
iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)





2.0 - EKOSISTEM KOLAM
         RENANG ORGANIK 


AIR yang HIDUP (tidak dimatikan oleh klorin & bahan kimia) secara BATINnya akan mengalirkan TASBIH kasih sayang, TASBIH ketenangan, TASBIH nyaman, TASBIH kesegaran kepada 4 unsur manusia (roh, akal, jiwa, fizikal) :- Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya berTASBIH kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan berTASBIH dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti TASBIH mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun”. (Al-Isra' : 4)


Sepertimana makhluk2 TUHAN yang lain iaitu haiwan peliharaan, qorin malaikat dan alam berkomunikasi dengan manusia menggunakan bahasa kasih sayang, tenang, nyaman, gembira, etc…


Kerana itu apabila anda berehat2, bersantai2 dan berenang-renang di tempat seperti pantai, AIR terjun dan KOLAM RENANG ORGANIK maka anda akan dapat merasa suasana POSITIF tersebut…



roh AIR yang HIDUP bukan sahaja berTASBIH kepada 4 unsur manusia namun HIDUPnya AIR pada KOLAM RENANG ORGANIK adalah kerana peranan batu2, tumbuhan2 AIR, oksigen, CO2, nutrien2, makro / mikro organisma, etc yang membantu kepada keSEIMBANGan EKOSISTEM


proses fotosentesis daripada tumbuhan2 AIR ini akan meng oksigenkan kandungan AIR HIDUP dimana amat bermanfaat untuk manusia yang BERENANG didalamnya…


kerana itulah ikan boleh HIDUP didalam KOLAM yang terbina dari rekabentuk yang mengikut SISTEM EKOLOGI


dan kerana itulah tiada orang buat KOLAM ikan berdasarkan sistem KOLAM berklorin


Jika ikan tak boleh HIDUP dalam KOLAM berklorin, bagaimana pula dengan manusia yang BERENANG didalamnya?



secara asasnya, rekabentuk KOLAM RENANG ORGANIK ini belajar dari alam ciptaan TUHAN :- menjadikan AIR itu HIDUP dan murni (secara SEMULAJADI) dimana kekotoran, lebihan nutrien dan bakteria jahat akan diSEIMBANGkan oleh organisma2 yang berkoloni didalam air hidup…


2.01 - KELEBIHAN KOLAM
            RENANG ORGANIK


a - AIR yang tidak mati ; SEMULAJADI jernih, tanpa penggunaan kimia dan klorin yang akan mematikan organisma & EKOSISTEM


b - proses keaslian AIR HIDUP adalah melalui gabungan teknologi + kitaran EKOLOGI ; tumbuhan air, biofilter, mikro organisma semulajadi, pan, sinar uv, oksigen, fizik aliran air, bakteria baik, etc…


c - rekabentuk keseluruhan KOLAM RENANG ORGANIK mempunyai 3 zon ; (a) zon BERENANG, (b) zon tumbuhan akuatik & batu sungai sebagai ‘wetland filter’ untuk SEIMBANGkan EKOSISTEM dan (c) zon ‘biologi filter’ untuk tapis kotoran kasar


d - penyelenggaraan KOLAM adalah berbentuk hortikultur  sepertimana berkebunmanfaat kesihatan dan khidmat / jasa kepada alam


e - KOLAM RENANG ORGANIK menjadi permintaan kepada pencinta alam dan peminat teknologi hijau (EKOSISTEM)…


f - AIR tak perlu dirawat oleh pelbagai bahan kimia dan klorin, hanya bergantung kepada EKOSISTEM yang berjalan secara mekanikal dan SEMULAJADI


g - boleh di’upgrade’ dengan photovoltaic solar untuk memberi tenaga elektrik percuma kepada keseluruhan SISTEM EKOLOGI pada KOLAM RENANG ORGANIK


Sila KLIK untuk berTANYA
ðə
iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)





3.0 - REKABENTUK KOLAM
   RENANG ORGANIK


3.01 - KOLAM RENANG ORGANIK
            MESRA
ALAM



nutrien yang berlebihan akan diserap oleh tumbuhan akuatik dan bakteria berbahaya akan dimusnahkan oleh organisma AIR SEMULAJADI...


Maka tiada bahan kimia dan klorin diperlukan oleh SISTEM EKOLOGI

rekabentuk yang diINNOVASIkan pada KOLAM RENANG ORGANIK adalah TEKNOLOGI yang menyokong dan menambah baik EKOSISTEM KOLAM tersebut...


rekabentuk komponen yang teknikal, bersistem serta mudah difahami akan memudahkan pengguna untuk DIY kerja2 penyelenggaraan...


dalam konsep rekabentuk KOLAM RENANG ORGANIK, secara amnya nisbah untuk zon BERENANG kepada zon penapis EKOLOGI ialah 3 : 1 dan kedalaman kawasan renang sekurang-kurangnya satu meter hingga satu setengah meter...


hasil dari EKOSISTEM yang direkabentuk pada KOLAM RENANG ORGANIK ini akan menghasilkan zooplankton seperti kutu air, rotifera, paramecia, etc mikro organisma yang memainkan peranan yang penting untuk menjernih dan memurnikan AIR secara ALAMI...


walaubagaimanapun, SISTEM EKOLOGI yang di teknologikan pada KOLAM RENANG ORGANIK ini memerlukan sedikit masa pada tempoh tertentu untuk mencipta koloni bakteri baik serta perkembangan tumbuhan akuatik untuk berlakunya keSEIMBANGan EKOSISTEM serta berfungsi dengan sempurna...


Sila KLIK untuk perBINCANGan dengan
ðə
iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)





4.0 - PROSES MEREKABENTUK
DAN MEMBINA
KOLAM 
RENANG
ORGANIK



4.01 - PROSES MENYIAPKAN
            KOLAM 
RENANG
            ORGANIK



a- Fasa perundingan
     dan perancangan

ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST) akan berbincang dengan anda untuk merialisasikan rekabentuk KOLAM RENANG ORGANIK yang sesuai dan memenuhi kriteria anda...


Untuk mencapai reka bentuk yang
sempurna
ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst
(
theECOLOGIST) akan menilai
perkara2 berikut:


👍 Bagaimana
anda ingin menggunakan 
      KOLAM RENANG ORGANIK

👍 Melakukan
tinjauan tapak bina 
      serta persekitarannya

👍 Konsep yang paling sesuai 
      untuk anda

👍 Imej taman yang sesuai

👍 Kemampuan bajet anda

Setelah mengumpul dan mendapatkan
maklumat
, maka 
ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst
(
theECOLOGIST) akan menyediakan
lukisan rekabentuk
serta sebut harga
awal
untuk kami cadangkan kepada anda...

Kemudiannya anda boleh mengkaji dokumen tersebut sebelum perbincangan selanjutnya jika ada sebarang pindaan pada rekabentuk dan anggaran harga... 


b- Fasa pembinaan


Dengan berdasarkan dokumen jadual
kerja
ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)  
akan memulakan kerja menggali dan
pembinaan KOLAM RENANG ORGANIK...

Setelah semua kerja pembinaan selesai, kolam akan diisi dengan air dan memasukkan segala sistem untuk diuji sebelum beroperasi... 


Sebelum anda mula menggunakan
KOLAM RENANG ORGANIK, 
ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)  akan
pastikan kawasan persekitarannya
dibaik pulih 
serta dibersihkan dari
kekotoran 
dan 
kerosakan 
semasa kerja2 pembinaan...


c- Fasa persiapan dan
     kegunaan kolam


Apabila KOLAM RENANG ORGANIK siap diuji dan mula digunakan, ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST) akan memberi panduan serta mengajar anda cara2 menggunakan kolam tersebut...


ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)  akan menyediakan untuk anda manual dan buku panduan serta maklumat bagaimana untuk mengendalikan dan menyelenggara kolam tersebut...


Semasa fasa permulaan yang berlangsung selama beberapa minggu, penapis ‘Bio Filter’ serta ‘wetland filter’ tersebut akan perlahan-lahan mencapai kesempurnaannya...


Ini adalah kerana sistem penapisan secara semulajadi akan mengambil sedikit masa untuk membina organisma2 dan sistem ekologi yang berperanan untuk menstabilkan ekosistem KOLAM RENANG ORGANIK...


Pada ketika kolam siap sepenuhnya
ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)  
bersedia untuk menjawab sebarang
persoalan yang timbul sepanjang
kegunaan kolam
tersebut...


Sila KLIK untuk dapatkan
KHIDMAT RUNDING dari
ðə
iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)





5.0 - PENJAGAAN & PENYELENGGARAAN
KOLAM RENANG ORGANIK


bagi memastikan kualiti air yang optimum, kolam renang anda memerlukan penyelenggaraan yang sesuai.

ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)  akan memberi khdmat nasihat kepada anda bagaimana untuk melakukan penyelenggaraanself service’.

untuk menjamin kejernihan air bersih di kolam renang maka air perlulah diisi dengan kuantiti yang sesuai selain memastikan kualiti air yang bersih dari bahan kimia dan kotoran.

dalam kolam yang baru dibina, pertumbuhan alga adalah normal kerana ia adalah sebahagian dari keseimbangan sistem ekologi.



terdapat dua jenis alga iaitu iaitu alga unisel yang menyebabkan air menjadi warna hijau dan juga alga berfilamen yang melekat pada dinding / lantai kolam dan batu2 sungai.

sebaik sahaja tumbuhan akuatik telah tumbuh dengan subur maka ia akan berkesan untuk menghalang pertumbuhan alga secara automatik.

ini adalah kerana tumbuhan2 akuatik akan menghambat kandungan nutrien yang berlebihan yang menyebabkan pertumbuhan alga.


walaupun alga adalah sebahagian dari ekosistem, namun pertumbuhannya yang berlebihan akan mencacatkan penglihatan dan kecantikan seni landskap maka kerana itulah pertumbuhan alga perlulah dihentikan atau diperlahankan dengan penyelenggaraan yang sesuai...


5.01 - LANGKAH2
            PENYELENGGARAAN
            & PENJAGAAN



👍 penapis skimmer hendaklah
     dikosongkan setiap minggu,
     bergantung pada persekitaran.

👍 seperti pokok2 di taman anda,
     tumbuhan akuatik pada kolam
     renang juga memerlukan penjagaan
     dan kerja2 berkebun.
     - Tumbuhan bawah air dipotong

👍 mendapan kotoran yang terkumpul
     di
biofilter hendaklah dikosongkan
     serta dibersihkan sekurang-kurangnya
     sekali setahun.

👍 bahan2 penapis Bio Kompak
      hendaklah dikeluarkan dari ruang
      filter dan dibilas sekali atau dua
      kali setahun.

sepertimana kolam berklorin, robot pembersih kolam digunakan untuk mencuci lantai dan dinding kolam.


Sila KLIK untuk MENGHUBUNGI
ðə
iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)





6.0 - HUBUNGI  theECOLOGIST


Sila KLIK VIDEO dibawah
sebelum anda MEMBUAT KEPUTUSAN
dan berFIKIR sama ada untuk
mengHUBUNGI atau WHATSAPP
ðə iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)

Sila KLIK VIDEO dibawah
sebelum anda menentukan
KENAPA KOLAM RENANG ORGANIK
dan bukannya kolam renang klorin…

Sila KLIK VIDEO dibawah
untuk MERUNGKAI segala
 PERSOALAN yang terPENDAM


Sila KLIK untuk
SET APPOINTMENT dengan
ðə
iˈkɑː.lə.dʒɪst (theECOLOGIST)